* Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease))

Penyakit Tangan, kaki dan mulut biasanya menyerang kanak-kanak sahaja.

Virus penyakit ini biasanya terlalu lemah untuk menyerang manusia dewasa atau kanak-kanak yang telah besar.

Bagaimanapun, ada kes-kes yang mana orang dewasa juga boleh diserang, mungkin kerana sistem daya tahan penyakit (immune system) seorang dewasa itu terlalu lemah disebabkan tekanan (stress), keletihan, kurang rehat, dan lain-lain.

Apakah simptom-simptom penyakit ini?

Antaranya ialah:

  • demam yang kuat
  • sakit kepala
  • badan letih/lemah
  • badan terasa panas
  • mulut pecah (ulser mulut)
  • tangan keluar bintik-bintik yang berasa gatal & sakit
  • kaki keluar bintik-bintik yang berasa gatal & sakit
  • sesetengah bintik-bintik di kaki dan tangan mengandungi air/melepuh
Kaki dan tangan yang ada bintik-bintik itu terasa sakit atau tidak selesa jika tersentuh sesuatu, manakala kaki pula terasa sakit untuk memijak.  Pecah di mulut pula menyebabkan mulut terasa pedih, dan jika berlaku mulut pecah di anak tekak, menelan air liur sahaja sudah terasa sakit.

Badan juga terasa panas dan kering, jadi minum air sangat penting.

Penyakit ini tidak menyebabkan masalah lain, cuma, jika kanak-kanak/bayi terkena penyakit ini, mereka mungkin tidak mahu makan, lalu mungkin menyebabkan kurang air dalam badan/dehidrasi (dehydrated).  Dehidrasi (dehydration) akan membawa masalah kritikal kepada kanak-kanak/bayi.

Jika anak anda terkena penyakit ini, tiada banyak yang boleh anda bantu, selain layanlah anak-anak anda dengan sabar, dan banyakkan rehat apabila ada masa.  Pastikan anak anda minum air dan turunkan suhu badannya jika demam.  Memang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ialah satu penyakit yang menyiksakan, sebab itulah anak anda biasanya akan merengek, menangis dan meragam.

Pada waktu ini, jika perlu, anda beri anak minum air dalam cawan atau straw.  Susu kotak juga boleh digunakan kerana jika biasanya anak minum susu dalam botol menggunakan puting susu, pada waktu ini, mungkin menyonyot puting bukan sesuatu yang mereka ingin buat, terutamanya jika ada mulut pecah (ulser mulut) di bahagaian anak tekak.  Selain itu, mereka boleh minum air yang 'fancy', kerana pada masa ini, selera mereka kurang, jadi perlulah kita gunakan kreativiti supaya anak jangan 'dehydrated'.